Thursday, January 15, 2009

Lelaki dah jadi pemalas ker?

Bekas eksekutif Petronas terkeluar senarai pewaris harta isteri


SHAH ALAM: Bekas Eksekutif Petronas yang bersalah membunuh isterinya dan dimasukkan ke Hospital Bahagia, Mohd Suhaimi Abdul Aziz dikeluarkan dari senarai pewarisan harta peninggalan arwah isterinya berjumlah RM319,445.02.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Saarani Ismail membuat keputusan itu hari ini kerana mendapati Mohd Suhaimi berniat melakukan pembunuhan itu bagi mempercepatkan pewarisan harta itu kepadanya.

**********

Aku sempat la baca keratan ni dlm berita harian today. Apahal la pulak nak bunuh bini dgn niat nak dapat harta peninggalan bini dia??

Bukan lelaki ke yg kena provide money, house utk bini and anak anak? apsal lak harta bini pulak yg dikejar? Bukan byk sgt pun harta peninggalan bini dia tu. Ingatkan duit berjuta juta.

Dunia ni pun dah terbalik. Lelaki sekarang ni asik nak cari bini yg stabil, yang berpendidikan tinggi supaya tempias isteri tu dpt dia merasa sekali. Aku pernah la over heard conversation colleague aku yg baru nak kawin. Bila di tanya bakal isteri dia tu kerja apa and sebagai nye. Dia boleh jawab 'kena la cari isteri yg bekerja nanti senang la nak minta dia bayarkan bil bil rumah ke kalau aku tak cukup duit'. Well, i never heard my dad mintak duit mak aku walaupun mak aku pun bekerja sebagai guru. Isteri zaman sekarang ni bagi muka sgt ke kat laki dia? Kalau laki mintak duit kasi je. Kalau laki mintak kawin lain tak kasi pulak.

Bagi aku, aku rasa sekali sekala biarla laki tu merasa hidup susah jugak. Bini jgn la asik nak provide je kalau laki mintak tolong tu. Walaupun korang pk setakat bil rumah 100-200 ringgit tu korang nak tolong settlekan. Tapi u must remember..nanti mintak balik duit tu..sbb itu tanggungjawab lelaki. Jarang dah jumpa lelaki yg bertanggungjawab now. Lagi pulak kalau gaji bini lagi besar dari gaji dia.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home